Bendera Wilayah Persekutuan

Bendera Wilayah Persekutuan

Malaysia mempunyai 3 buah Wilayah di bawah Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Setiap wilayah mempunyai bendera tersendiri. Namun, gabungan ketiga-tiga wilayah ini telah membentuk Wilayah Persekutuan Malaysia dan mempunyai bendera rasmi yang tersendiri. Untuk perkongsian kali ini, VW ingin berkongsi serba-sedikit tentang sejarah di sebalik bendera Wilayah Persekutuan yang ada pada hari ini.

Bendera Wilayah Persekutuan

Sejarah

Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974 dan telah menjadi ibu negara Malaysia pada ketika itu. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen.

Pada tahun 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk ke dalam Wilayah Persekutuan Labuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan.

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ke-tiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Wilayah PersekutuanTahun Penubuhan
Kuala Lumpur1 Februari 1974
Labuan16 April 1984
Putrajaya1 Februari 2001

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) adalah untuk memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.

Semasa Sukan Malaysia (SUKMA) di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam satu kontinjen tunggal iaitu Wilayah Persekutuan.

Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang tersendiri dan mula digunakan pada 23 Mei 2006. Walaubagaimanapun, bendera-bendera untuk setiap wilayah seperti Kuala Lumpur, Labuah dan Putrajaya masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to Top